top of page
Assalamualaikum dan salam ukhuwah kepada semua warga QGIIS.

Pertamanya dan selamanya kita merafakkan syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang diberikan kepada kita, sama ada nikmat yang kita nampak dengan jelas mahupun yang kita tidak melihat dengan nyata.

Saya sangat bersyukur kepada Allah di atas segala perkembangan QGIIS ini dari mula hingga ke saat ini.Tak lain tak bukan sebagai wadah kepada QGIIS untuk membantu mempertingkatkan kualiti serta memastikan setiap dakwah dalam bidang pendidikan ini terus dimajukan berteraskan perkembangan semasa.

QGIIS ditubuhkan bukan sahaja bertujuan untuk menuntut ilmu, bahkan ia lebih besar lagi, iaitu memastikan ilmu yang dapat itu berteraskan kepada Al Quran dan As Sunnah serta dapat dihayati dan diamalkan oleh setiap warga QGIIS.

Sistem pendidkan integrasi ini bertujuan agar semua aspek pendidikan yang diperlukan oleh anak-anak dapat disampaikan dengan cara yang betul serta berpandukan kepada dua rujukan utama kita. Pendidikan akademik, agama, tahfiz , akhlak serta kokurikulum dapat memastikan segala unsur tubuh badan kita ini dapat diperolehi dengan adilnya.

Keperluan akal dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat, keperluan rohani dipenuhi dengan solat berjemaah, bacaan doa-doa, tazkirah ringkas oleh guru-guru serta hafazan dan tilawah al quran secara harian. Ditambah pula dengan aktiviti sukan,memanah, lawan pedang, berenang serta berkuda dapat melengkapkan keperluan fizikal kepada anak-anak.

Namun , semua perkara ini dilakukan bukan sahaja untuk keperluan dunia bahkan ianya menjadi jambatan yang sangat bernilai bagi menuju ke akhirat. Berteraskan kepada MOTO QGIIS " Nourishing Legacy Of Ukhrawi". 

Saya yakin dan percaya bahawa, ibu bapa diluar sana sangat mengidamkan seorang anak yang soleh/solehah yang akan menjadi saham mereka setelah tiada nanti. Justeru QGIIS tampilkan kehadapan bagi memastikan keperluan asas yang diimpikan oleh setiap ibu bapa ini dapat kami laksanakan dan membimbing anak-anak menuju ke jalan kejayaan dunia tanpa meninggalkan akhirat walaupun seinci.

Dengan keyakinan yang utuh kepada Allah tanpa berbelah bagi, kami yakin dengan apa yang QGIIS berikan ini, dengan YURAN yang sangat berpatutan serta FASILITI yang mencukupi ibu bapa tidak akan merasa rugi bersama-sama dengan kami untuk mendapatkan pendidikan yang ditawarkan oleh QGIIS.


Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru serta kakitangan QGIIS yang bersama-sama menggalas dakwah pendidikan ini, serta ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sini dengan penuh yakin serta kepercayaan. Bersama kita berdoa kepada Allah agar setiap apa yang kita lakukan di dunia ini menjadi saksi bahawa ALLAH dan RASUL-NYA menjadi panduan hidup kita dan sebagai satu langkah untuk kita menuju ke SYURGA-NYA.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar 

Abi Fahmi
(AHMAD FAHMI BIN SUHAIMI)
abi fahmi.png
bottom of page